28 April Setiap Tahun - THE WORLD DAY FOR SAFETY AND HEALTH AT WORK
UTAMA
LATAR BELAKANG
BERITA
MUAT TURUN
JAWATANKUASA
Tarikh Kemaskini :
11 Julai 2011
LATAR BELAKANG
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Universiti telah ditubuhkan dalam tahun 2004 bagi membincangkan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di UPM, sejajar dengan surat arahan dari Ketua Setiausaha Negara berkaitan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan pelaksanaan arahan, peraturan, prosedur serta peruntukan Undang-undang berkaitan keselamatan dan perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang ditubuhkan pada 1 Januari 2006 dibawah tanggungjawab Bahagian Pembangunan UPM menjadi penggerak dan urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seterusnya telah dinaiktaraf menjadi Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 1 September 2007 serta berpindah ke Pejabat Pendaftar UPM. Berkuatkuasa 1 Ogos 2009, Sekyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah di naiktaraf sekali lagi menjadi satu entiti baharu iaitu Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM dan telah diletakkan di bawah naungan Pejabat Naib Canselor sendiri.

Untuk berhubung dengan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM :
        Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
        Rumah C14
        Universiti Putra Malaysia
        43400 Serdang
        Selangor
        Malaysia
        Telefon : 03-89466168
        Faks : 03-89468876


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan turut menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk memastikan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di fakulti ini dipatuhi dan sentiasa dikemaskini.
Copyright © 2009 Faculty of Economics and Management, UPM. All rights reserved. Best view using Internet Explorer 5.0 and above with 1024 X 768 pixel resolution.